LIFE MOMENT

LIFE MOMENT
sugarcandy

Thursday, November 27, 2014

staystrong !

salam/salam sejahtera .

semua orang dok post pasai UPSR . kat twitter penuh #UPSR .
tahniah adik adik yang dapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR . kepada yang kurang cemerlang , jangan sedih sedih , ini adalah permulaan anda . teruskan usaha di alam sekolah menengah dan seterusnyaa .

aku teringat zaman aku dulu .
aku amik UPSR tahun 2004 .

keputusan aku takdak la cemerlang . tapi alhamdulillah . 4A1B . rata rata batch aku yang dapat 4A1B ,B depa bahasa inggeris . tapi yang peliknya aku . aku yang pelik sebab aku dan kawan aku hanya kami ja yang B lain dari kawan kawan yang len . kami B subjek sains ! hahah .. so aku simpan ja laa impian aku nak masuk MRSM , SBP . yelaa dah sains pun dapat B , sapa nak amik kan ?

aku dapat tawaran sekolah sukan negeri . ayah aku bagi pi sebab tawaran tu atas kelas akademik bukan kelas sukan .
tapi bila kat sana aku aktif sukan gak , macam budak budak kelas sukan .hehehee ...
PMR , SPM aku pun tk berapa nak cemerlang macam lampu liplap kat rumah time ghaya . hahah .
dapat tawaran Polimas , UiTM . tapi kos aku tk berapa nak bekenan . ha laa aku anak sulung dalam family , bukan reti nak urus semua nii . ibuabah bukan orang keja pejabat . hhehehe .. dah tk bekenan , aku tolak and pi swasta dalam bidang health sc . alhamdulillah aku berjaya dapat diploma . tapi faham faham sistem sini , nak student dr gov ja . habis swasta nak campak mana ?

dengan keputusan dip , aku try apply upu ngan usm . alhamdulillah , aku diterima dalam family USM kampus kesihatan . walaupun berat hati jiwa raga nak sambung kat kelantan , aku cuba redha . alhamdulillah dah hampir 3 bulan kat sini aku dah boleh adapt dengan situasi kat sini .

aku kat sini kerana doa ibu dan abah yang nak tengok impian aku masuk IPTA . terima kasih ibuabah sebab doakan along ! along janji along akan bawak balik segulung ijazah yang bukan sekadar kertas pada ibuabah . in shaa allah dengan izin-NYA . doakan along dipermudahkan urusan kat sini dalam mengejar ilmu dunia dan akhirat .

kesimpulannya , siapa pun kita di masa lalu tak menjamin masa depan kita . doa kedua ibubapa amat penting dalam kehidupan kita . in shaa allah . kita disini kerana doa kedua dua insan yang tercinta ..
ikhlaskanlah hati dalam melakukan sesuatu perkara . in shaa allah kita akan diredahi-NYA .

luahanhati,
anisazmi

No comments:

Post a Comment