LIFE MOMENT

LIFE MOMENT
sugarcandy

Thursday, July 27, 2017

MASUM 2017

UKM Bangi 07 July-21 July

Gain experience and money.

FISIOTERAPI DAN SUKAN- IBARAT IRAMA DAN LAGU*
SUKAN MASUM-Secara umum, skop tugasan seorang fisioterapi adalah untuk membantu merawat dan memulihkan pesakit yang mengalami kecederaan fizikal. Terdapat dua aspek kerjaya dalam bidang tersebut iaitu fisioterapi sukan dan fisioterapi hospital.
Menurut Cik Nur Anis Azmi yang dilantik sebagai Pasukan Fisioterapi bagi Kontigen Universiti Sains Malaysia pada Sukan MASUM di UKM tugas keduanya adalah sama tetapi pendekatannya berbeza.
"Jadi, masing-masing mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin bagi memastikan setiap pesakit atau atlet mendapat manfaat daripada setiap rawatan yang dijalankan,” ujar Anis yang juga bergandingan bersama Nurul Husna Abdul di sepanjang saingan MASUM UKM 2017.
Pasukan Fisioterapi USM ini pada mulanya menggunakan khidmat staf Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan juga staf Bahagian Pemulihan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, Kubang Kerian Kelantan.
Cetusan idea Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi USM, Tuan Haji Muhamad Mohd Hanif mengarapkan tenaga pelajar dan kakitangan universiti dalam konsep kebersamaan dan proses pembelajaraan secara langsung berjaya diperatikkan oleh pelajar yang dilantik dalam Pasukan ini. Ianya juga mendapat sokongan secara terus oleh Dato Haji Ahmad Zakaria, Mantan Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan ketika itu.
Pasukan Fisioterapi terdiri daripada pelajar Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia yang mendapat kepercayaan penuh daripada Sektor Penyediaan Atlet USM yang diketuai oleh Mustaffa Kamal Esa menganggap ianya sebagai langkah yang amat baik dalam memberi peluang bagi pelajar USM agar turut sama berbakti dan menyumbang buat nama USM di dalam sukan.
Ibarat irama dan lagu tidak dapat dipisahkan sama jugalah dengan Fisioterapi dan sukan sama saling berhubung kait demi memastikan atlet dan pasukan itu lebih mantap dan bersedia beraksi pada setiap saingan yang mencabar.

Kredit artikel : En Mahazer