LIFE MOMENT

LIFE MOMENT
sugarcandy

Monday, December 29, 2014

:: EndOfTheYear/Semester ::



assalamualaikum .
 selamat petang wahai pembaca yang disayangi .. ceewah ..

dalam kita sedang gembira , ingatlah kepada mangsa mangsa banjir di malaysia dan sewaktu dengannya .
hari hari aku online sebab nak tau info banjir kawasan sekeliling kami . alhamdulillah air longkang nurani mula surut . dan alhamdulillah dan terimakasih atas bantuan yan dihulurkan kepada mangsa banjir .
kami(pusat pengumpulan bantuan) akan mengagihkan bantuan dengan segera .
helikopter juga sudah bertambah bagi mempercepatkan prosess pemindahan pesakit ke husm . syukur ya allah .. tenaga manusia amat diperlukan . oh yaa . sepatutnya kami exam hari ni . tapi exam untuk pelajar usm kampus kesihatan telah ditangguhkan sehingga diberitahu kemudian . mahasiswa/i telah menggunakan masa ini dengan membantu proses keluar/masuk bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir . okay .

done cerita bab ni .nak belanja gambaq birthday cikputt ...


tengah call si birthday girl












sekian sudah .. tamat laa entry untuk tahun 2014 . zaijian !
lots of love, 
anisazmi



Wednesday, December 24, 2014

BANJIR vs STUDYWEEK

Assalamualaikum . selamat pagi 24 Dec 2014 .  salam sedunia .

sekarang ni kat media sosial semua update pasal banjir .
ya banjir berlaku di pantai timur semenanjung . tapi jangan kita lupa pada negeri-II yang banjir walaupun tak seteruk pantai timur . ya allah berat benar ujianmu pada kali ini .
ahad lepas aku di beri peluang sebagai sukarelawan USMkk ke penempatan banjir . ada dua tempat MACHANG dan PASIR MAS . aku pilih untuk ke PASIR MAS .
tapi kami ke PAsir Mas untuk ambil barang seperti tilam , tikar dan lain lain lagii .
Misi kami pada kali ini adalah tertumpu pada pusat pemindahan kritikal di RANTAU PANJANG .
YA ALLAH ! air paras pinggang . bas tak dapat lalu . kami ke sana naik trak tentera .
keadaan amat sedih . 600 keluarga tinggal berhimpit himpit di dalam dewan SK rantau panjang 2 . dewan sekolah rendah bukan besar mana pun . kan ?
di saat aku sedang menaip huruf huruf , bumi usmkk di basahi dengan hujan dan disejukkan dengan angin .
walaupun cuaca sejuk , tetapi kami tetap gagah gigih berusaha mengulangkaji . pada masa yang sama , in shaa allah kami tidak mudah alpa dengan kewajipan kami .

scroll fesbuk , ada berita jalan runtuh dekat laluan gerik- kota bharu . dekat dengan banjaran titiwangsa . satu satunya jalan nak balik kampung yang tinggal adalah melalui udara . kalau dengan keadaan angin kencang , memang takla kan . nak balik ikut KL , laluan gua musang memang tutup .

selamatkanlah bumi ini . bumi kelantan , bumi perlis , bumi t'ganu , bumi pahang , bumi sabah srawak . bumi malaysia .

"Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu".

semoga kita bertemu kembali pada masa akan datang .

assalamualaikum .

kat bawah ni ada la sikit aktiviti sebelum study week ..

presentation 3D biochemistry and Basic genetic





malam borneo . serba hitam . #BackStageCrew

last day pakai lab coat untuk sem 1 . =)

last kelas untuk LAC 100

with song lao shi . 
wo jiao a ni si .

Murni's dinner . muka-II hok dok kelik study week . 
sports sc murni .

#MPDMurni . RedPink Sidang 14/15



dari dalam trak .

paras air *pinggang 
dengar khabar makin meningkat . 

keadaan di dalam dewan sekolah rendah . 



Tuesday, December 9, 2014

espíritu (semangat)

assalamualaikum / selamat petang .

Entry kali ni aku nak buat ringkas dan seringkas mungkin .

sebonaarnyaa den nak nangeh baco notes .. uuwaaa ..
itu la ekau , den da koba awal awal . suruh study ekau taknok donga . aa padan la muko ekau .
makan la kotas kotas tu .. ehh . awat ni macam bahasa nogori jaa .
terpengaruh classmate orang nogorii ..
p/s:: maap andai ada yang tersalah . jangan saman sayaa .. budak baru belajar .

stress .. dapat cakap ngan ibu abah tenang sikit hati walaupun cakap kejap jaa .



Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...


lawan segala penyakit yang ada !!! 



lots of love,
anisazmi

Sunday, December 7, 2014

surprise

assalamualaikum / selamat sejahtera / salam 1 malaysia / salam 1 usm .

hari ni ai nak post dua entry . pastu boleh rest sementara satg nak masuk kelas LKM400 pulak .
LKM400 ?? kelas bahasa malaysia IV laa .
kali ni ai nak ceta pasai surprise yang ai and kengkawan buat kat dedel . rancang dalam seminggu . macam2 rancangan kami buat nak bagi dy turun ke PUMA (pusat mahasiswa) . nak bagitau aku pengsan la . fatin pi study kat bilik dy and ajak teman sampai puma sbb takut nak balik nurani laa . cakap senior nak jumpa la . macam2 rancangan . dan rancangan ini akan bertukar bila kami berbincang . tak tetap betul ! hahaha .
lepas CA 2 anatomy and physiology , nampak ada orang buat drum circle kat foyer DU . dedel nak join . okayy . layan je kan kehendak bakal birthday girl . tapi best sangat2 !! ohsem gilaa . yang lain aku tk minat . aku minat gendang ja . hahaha .

malam tu ajak dedel turun sebab nak bincang pasal video mandrin . pukul 11.30 aku cakap aku nak gi meeting lagi sekali . dia macam syak something . tapi aku abaikan . muka kena cool . hahahah .
si saufi lagi laa . cakap nak g toilet tapi tak balik2 . sampai ja kat puma , prepare semua barang atas meja . and guess what ? alhamdulillah ada rezeki . geng meeting KOSISWA bagi bihun goreng .. sedap2 .
aiman pura2 ajak dedel g beli beger panglima . hahah . mana ada beger lewat2 malam cenggini .. dah tutup .

kami rancang nak nyanyi allah selamatkan kamu . tapi bila dedel sampai ,nyanyi lagu happy birthday .. hahah . memang betul laa ,. kita hanya mampu merancang , allah yang tentukan .
apa apa pun . happy birthday budak ! NOR ADILA MOHD FADZIL .







fav cake dia . redvelvet



















nampak dak eyebag aku yang berkilo kilo tuh . 

birthday girl !







lots of love :
anisazmi