LIFE MOMENT

LIFE MOMENT
sugarcandy

Wednesday, July 7, 2021

After 4 years

Hai semua !!

Lepas entry Masum 2017 tu terus kklong hampa diam dari berblogger 

Tadi ter'repost' semula pasai masum. Takpa lah.

Degree dah tamat.
Sekarang kklong dah kirija. Alhamdulillah. Dapat juga kerja dan dapat si jantung hati juga 🤭

Kklong buat biz part time jugak tau. 
Side income to build my empayar. 

Side income tanpa stress tanpa perlu susah susah ke sana sini. Just click click and click barang sampai.

Ofkoz la terjamin dan bukan biz ikut trend okayy. 

SHAKLEE.
Sapa shaklee lover ? 
Sapa dah dapat shaklee effect ?
Sapa nak join tapi tak tau cara ?

Meh lepas ni boleh godek blog kklong

Thursday, July 27, 2017

MASUM 2017

UKM Bangi 07 July-21 July

Gain experience and money.

FISIOTERAPI DAN SUKAN- IBARAT IRAMA DAN LAGU*
SUKAN MASUM-Secara umum, skop tugasan seorang fisioterapi adalah untuk membantu merawat dan memulihkan pesakit yang mengalami kecederaan fizikal. Terdapat dua aspek kerjaya dalam bidang tersebut iaitu fisioterapi sukan dan fisioterapi hospital.
Menurut Cik Nur Anis Azmi yang dilantik sebagai Pasukan Fisioterapi bagi Kontigen Universiti Sains Malaysia pada Sukan MASUM di UKM tugas keduanya adalah sama tetapi pendekatannya berbeza.
"Jadi, masing-masing mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin bagi memastikan setiap pesakit atau atlet mendapat manfaat daripada setiap rawatan yang dijalankan,” ujar Anis yang juga bergandingan bersama Nurul Husna Abdul di sepanjang saingan MASUM UKM 2017.
Pasukan Fisioterapi USM ini pada mulanya menggunakan khidmat staf Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan juga staf Bahagian Pemulihan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, Kubang Kerian Kelantan.
Cetusan idea Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi USM, Tuan Haji Muhamad Mohd Hanif mengarapkan tenaga pelajar dan kakitangan universiti dalam konsep kebersamaan dan proses pembelajaraan secara langsung berjaya diperatikkan oleh pelajar yang dilantik dalam Pasukan ini. Ianya juga mendapat sokongan secara terus oleh Dato Haji Ahmad Zakaria, Mantan Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan ketika itu.
Pasukan Fisioterapi terdiri daripada pelajar Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia yang mendapat kepercayaan penuh daripada Sektor Penyediaan Atlet USM yang diketuai oleh Mustaffa Kamal Esa menganggap ianya sebagai langkah yang amat baik dalam memberi peluang bagi pelajar USM agar turut sama berbakti dan menyumbang buat nama USM di dalam sukan.
Ibarat irama dan lagu tidak dapat dipisahkan sama jugalah dengan Fisioterapi dan sukan sama saling berhubung kait demi memastikan atlet dan pasukan itu lebih mantap dan bersedia beraksi pada setiap saingan yang mencabar.

Kredit artikel : En Mahazer

Thursday, January 15, 2015

:: just a number ::

assalamualaikum/hello/haii/hola/... bloggers , readers sekalian ! muahh! lebiuuu .. accewahh . macam ramai readers ja aku nii . bajet je lebey . =)


sambungan dari instagram ..


just a number . why ? sebab just a number . aha . umur dah bertambah untuk lagi satu tahun .
alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di bumi ALLAH ini . amiin .
thanks ibuabah sebab dah didik along dari kecik sampai la along besau ni haa . haha .
rindu familyy wehh !!!

thanks alot to ::
semua yang terlibat sepanjang hari saya .


the most important , jangan pernah putuskan ikatan persahabatan yang terjalin . in shaa allah .
sayang . sayang . sayang korang!!

terharu sangat2 sampai tktau nak cakap apa lagii . apa ? tkda apaa .

* okay jom sambung kemas barang nak balik kampungg .

celebration kat court netball .


kek daripada nurse!








celebration . late dinner .














love, 
anisazmi .

Friday, January 2, 2015

:: 2015 vs AZAM ::

assalmualaikum ..

2 january 2015 . dah masuk hari kedua tahun 2015 .

ffuhhh .. mesti berbakul bakul AZAM korang kan untuk tahun ni . ada yang nak tunaikan AZAM yang tk tertunai pada tahun tahun sebelum ni kan ...

aku ??
ermm . i'm still the old one . but mybe in different way .. =)

AZAM aku?? aku nakkk ......

1) nak tunaikan AZAM tahun lepas yang tertunggak
2) lupakan tu semua yang aku dok tulih double A segala bagai tu . no crush anymoreee
3) solat di awal waktu ( selalu subuh terbabas) *jangan ikut perangai aku hat subuh terbabas tu
4) rajin rajin selak buku dan nota ..
5) nak kumpul duit ( 2017 nak kawen *kalau dah jumpa jodoh)
6) jogging jogging ...

banyak AZAM kau . mampu ke ? in shaa allah kalau aku berusaha aku mampu laa . USAHA ! okay . jangan hangat hangat taik ayam ! jangan buat separuh jalan . habiskan apa yang hang dah mulakan ,.
keep on study anis!
pasai kawen semua tu belakang kira . belajaq dulu sementara ada peluang .

JAGA hati/mata/telinga/mulut ,...

ni 010115 punya cerita .
adel kata " lima puteri tak diiktiraf telah turun ke bumi " hahaha ...

anis/cikputt/manloofa/chachu/nina


gulakapas
anisazmi


Monday, December 29, 2014

:: EndOfTheYear/Semester ::



assalamualaikum .
 selamat petang wahai pembaca yang disayangi .. ceewah ..

dalam kita sedang gembira , ingatlah kepada mangsa mangsa banjir di malaysia dan sewaktu dengannya .
hari hari aku online sebab nak tau info banjir kawasan sekeliling kami . alhamdulillah air longkang nurani mula surut . dan alhamdulillah dan terimakasih atas bantuan yan dihulurkan kepada mangsa banjir .
kami(pusat pengumpulan bantuan) akan mengagihkan bantuan dengan segera .
helikopter juga sudah bertambah bagi mempercepatkan prosess pemindahan pesakit ke husm . syukur ya allah .. tenaga manusia amat diperlukan . oh yaa . sepatutnya kami exam hari ni . tapi exam untuk pelajar usm kampus kesihatan telah ditangguhkan sehingga diberitahu kemudian . mahasiswa/i telah menggunakan masa ini dengan membantu proses keluar/masuk bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir . okay .

done cerita bab ni .nak belanja gambaq birthday cikputt ...


tengah call si birthday girl












sekian sudah .. tamat laa entry untuk tahun 2014 . zaijian !
lots of love, 
anisazmi



Wednesday, December 24, 2014

BANJIR vs STUDYWEEK

Assalamualaikum . selamat pagi 24 Dec 2014 .  salam sedunia .

sekarang ni kat media sosial semua update pasal banjir .
ya banjir berlaku di pantai timur semenanjung . tapi jangan kita lupa pada negeri-II yang banjir walaupun tak seteruk pantai timur . ya allah berat benar ujianmu pada kali ini .
ahad lepas aku di beri peluang sebagai sukarelawan USMkk ke penempatan banjir . ada dua tempat MACHANG dan PASIR MAS . aku pilih untuk ke PASIR MAS .
tapi kami ke PAsir Mas untuk ambil barang seperti tilam , tikar dan lain lain lagii .
Misi kami pada kali ini adalah tertumpu pada pusat pemindahan kritikal di RANTAU PANJANG .
YA ALLAH ! air paras pinggang . bas tak dapat lalu . kami ke sana naik trak tentera .
keadaan amat sedih . 600 keluarga tinggal berhimpit himpit di dalam dewan SK rantau panjang 2 . dewan sekolah rendah bukan besar mana pun . kan ?
di saat aku sedang menaip huruf huruf , bumi usmkk di basahi dengan hujan dan disejukkan dengan angin .
walaupun cuaca sejuk , tetapi kami tetap gagah gigih berusaha mengulangkaji . pada masa yang sama , in shaa allah kami tidak mudah alpa dengan kewajipan kami .

scroll fesbuk , ada berita jalan runtuh dekat laluan gerik- kota bharu . dekat dengan banjaran titiwangsa . satu satunya jalan nak balik kampung yang tinggal adalah melalui udara . kalau dengan keadaan angin kencang , memang takla kan . nak balik ikut KL , laluan gua musang memang tutup .

selamatkanlah bumi ini . bumi kelantan , bumi perlis , bumi t'ganu , bumi pahang , bumi sabah srawak . bumi malaysia .

"Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu".

semoga kita bertemu kembali pada masa akan datang .

assalamualaikum .

kat bawah ni ada la sikit aktiviti sebelum study week ..

presentation 3D biochemistry and Basic genetic





malam borneo . serba hitam . #BackStageCrew

last day pakai lab coat untuk sem 1 . =)

last kelas untuk LAC 100

with song lao shi . 
wo jiao a ni si .

Murni's dinner . muka-II hok dok kelik study week . 
sports sc murni .

#MPDMurni . RedPink Sidang 14/15



dari dalam trak .

paras air *pinggang 
dengar khabar makin meningkat . 

keadaan di dalam dewan sekolah rendah .