Terdapat 2 Kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Terbuka AUCMS dan Kategori Terbuka Jemputan Sekolah. Terdapat 8 pasukan yang bertanding dalam
Kategori Terbuka AUCMS manakala terdapat 4 pasukan dalam Kategori Tebuka
Jemputan Sekolah yang bertanding pada Kejohanan Terbuka Bola Jaring
AUCMS 2013 kali ini. Kejohanan ini dijalankan secara Liga satu pusingan, setiap pasukan akan dibahagikan didalam 2 kumpulan iaitu 4 pasukan dalam kumpulan 1 dan 4 pasukan lagi dalam kumpulan 2. Johan dan Naib Johan bagi kumpulan 1 dan 2 akan berentap dalam peringkat kedua secara kalah mati.
Tahniah kepada pasukan Redah Kasi Pecah yang telah berjaya menjadi Juara bagi Kategori Terbuka AUCMS, Naib Johan pula jatuh kepada pasukan President Office Team (POT). Bagi Kategori Jemputan Sekolah pula, SMK Mutiara Impian telah menjadi Juara dan Naib Juara pula dimenangi oleh pasukan kesayangan kita semua AUCMS Netball Team. Pihak Pusat Sukan juga ingin mengucapkan sekalung tahniah buat semua urusetia-urusetia, pengadil perlawanan, pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan dan semua penyokong yang telah menjayakan dan memeriahkan Kejohanan Bola Jaring Allianze University 2013 ini dengan jayanya. Ini adalah salah-satu dari acara Tahunan yang akan dianjurkan oleh Pusat Sukan dan selepas ini akan diadakan lebih banyak aktiviti-aktiviti dan kejohanan sukan untuk disertai oleh semua warga Allianze University.
![]() |
REDAH KASI PECAH |
![]() |
![]() |
PRESIDENT OFFICE TEAM |